Jumaat, 6 Mac 2009

Kuliah Kaunseling 08 Mac 2009

PENGENALAN KAUNSELING

APA ITU KAUNSELING.

Kaunseling ialah suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling - Perkama.

OBJEKTIF KAUNSELING

Menolong menganalisa keadaan, sikap, pandangan dan kelakuan yang menghalang klien bekerja dengan berkesan.
Menolong klien untuk menyesuaikan diri dalam situasi bekerja melalui proses penyelesaian masalah.
Membolehkan klien menganalisa pandangan mereka dan mencari pelbagai cara dan tingkah laku yang mengganggu.
Menolong klien menyelesaikan masalahnya.

TUJUAN KAUNSELING

1. Memberi Maklumat
Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat
Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor
2. Menggalakkan Celik Akal
Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran
Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya

3. Memberi Sokongan
Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.

4. Penyelesaian Konflik
Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak)
Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan

5. Membuat keputusan
Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah untuk membuat keputusan
Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien sebelum sesuatu keputusan diambil


ORINTASI PERKHIDMATAN KAUNSELING

PERKEMBANGAN
Memberikan maklumat mengenai sumber dan kekuatan seseorang supaya ia mempunyai azam dan usaha kepada aktiviti sihat, peningkatan sifat positif

PENCEGAHAN
Mengadakan program-program pencegahan ke atas perlakuan dan sifat yang negatif dari segi emosi dan pemikirannya

INTERVENSI
Merubah dan membuka pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang bermasalah supaya menerokai, memulih dan mempertingkatkan keyakinan diri

PEMULIHAN
Penekanan adalah kepada isu-isu dan permasalahan peribadi, mentaliti, kerjaya dan penyesuaian diri agar seseorang itu dapat berfungsi sepenuhnya.


Rasional Perkhidmatan Kaunseling

Kewujudan Ketegangan dan ketidakpuasan ditempat kerja.
Ketidakseimbangan emosi.
Kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan.
Perbezaan individu yang bertentangan dengan imej korporat.
Konflik peranan dengan caragaya pentadbiran pengurus.
Perbezaan di antara keperluan personel dengan polisi jabatan.
Prestasi kerja yang tidak memuaskan dan tabiat kerja yang tidak baik.
Masalah peribadi dan keluarga.
Kebosanan kerja dan kekurangan pergerakan kerjaya.
Keperluan pertolongan untuk mengembangkan sesuatu tingkah laku.
Keperluan sokongan dalam menghadapi krisis semasa.
Mengapa Kaunseling Diperlukan
Masalah Pencapaian Mutu Kerja
Masalah Sikap
Masalah Penyesuaian Diri
Stress Di tempat Kerja
Masalah Situasi

Lima Prinsip Kaunseling Pekerja

Mendengar dengan sebaiknya sebelum membuat sebarang pernyataan.
Elakkan mengkritik atau nasihat yang terburu-buru.
Jangan bertelagah atau berhujah.
Menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pekerja.
Dapatkan sesuatu yang tersirat yang cuba disampaikan.

Fungsi Kaunseling Dalam Organisasi

Mengdiagnosis masalah pekerja atau kepincangan organisasi
Memberi peluang pekerja meluahkan perasaan.
Membantu pekerja berfikir dengan jelas dan tidak dikuasai oleh emosi.
Memberi nasihat.
Menyokong dan menenangkan pekerja.
Menilai diri.
Mempertingkatkan komunikasi dalam organisasi.
Memajukan diri.

Kaunseling Trauma
Objektif
Untuk mengurangkan stress/ketegangan dan kekecewaan di tempat kerja
Untuk meningkatkan keyakinan mengenai kemahiran dan kebolehan di tempat kerja
Untuk menstabilkan emosi dan meningkatkan produktiviti
Untuk mengurangkan kebimbangan dan tingkah laku yang tidak diingini
Untuk mengurangkan dan mengikis sikap dan perasaan negatif
Untuk mengurangkan penderitaan emosi yang disebabkan oleh kejadian traumatik

Indetifikasi Peringkat/Tahap taruma

Tahap I : Luahan Rasa (Outcry)
Tahap II : Penafian (Denial)
Tahap III : Gangguan (Interruption)
Tahap IV : Mengalami (Working Through)

Reaksi Psikologikal Terhadap Trauma

Gangguan Emosi (Emotional Disturbance)
Kecelaruan Kognitif (Cognitive Disorders)
Hyperarousal
Penderitaan Fizikal (Physical Pain)
Tahap-tahap Pemulihan
Kesedaran Mengenai Kesan Trauma (Awareness of the effects of trauma)
Tahap Kefungsian Yang Minima (Minima Level of Fuctioning)
Penghindaran (Avoidance)
Penerimaan (Acceptance)
Ubah hala (Redirection)
Proses Pemulihan dan Susulan
Individu (Individual)
Sokongan Kumpulan Kerja (Group Work Support)
Sokongan Keluarga (Family Support)
Struktur Kerja (Work Structure)

Kaunseling Pelajar

Objektif Kaunseling Pelajar

"Untuk memastikan supaya pelajar-pelajar dapat mempertingkatkan keupayaan dan kebolehan dengan menggunakan sepenuhnya potensi diri secara positif dan proaktif melalui perkhidmatan psikologikal"

Objektif Umum Kaunseling Pelajar

Membantu pelajar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan atau persekitaran
Membantu pelajar dalam memberikan maklumat mengenai pemilihan kerjaya yang sesuai
Memberi pengetahuan kepada pelajar dalam proses memahami masalah dan bagaimana menanganinya
Memberi khidmat kaunseling bagi membantu pelajar mengatasi masalah peribadi yang sedang dihadapi
Mengadakan khidmat susulan bagi membantu pelajar dalam menangani masalah atau mengelakkan diri dari masalah baru


Peringkat-peringkat Kaunseling

PERINGKAT PERMULAAN
Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka dan sebagai seorang yang boleh dipercayai.
Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan dan dia sendiri perlu memainkan peranan dalam proses penyelesaian.
Diperingkat ini juga, kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu.

PERINGKAT PERTENGAHAN

Peringkat penentuan masalah dan penyelesaian:
Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh klien.
Kaunselor dan klien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh klien untuk menangani masalah yang dihadapinya.

PERINGKAT AKHIR

Peringkat apabila klien telah selesai melakukan tindakan yang dipersetujui dengan jayanya. Di peringkat ini kaunselor berkenaan akan:
Membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh klien dan penilaian terhadap tindakan yang diambil itu.
Mengenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa penyeliaan dari pihak kaunselor.
Mengakhiri kaunseling dengan teratur dan membuat rumusan tentang kejayaan proses kaunseling tersebut .

Kaunseling Yang Beretika

Kerahsiaan:
o Perkhidmatan kaunseling adalah berpandukan Piawaian Amalan Kaunseling (Standards of Practice) serta memelihara Kod Etika. Setiap maklumat dalam sesi kaunseling adalah dijamin kerahsiaannya
o Maklumat klien tidak akan diberitahu kepada mana-mana pihak melainkan setelah mendapat kebenaran dan persetujuan klien demi kebaikan klien sendiri










TAHAP2 PROSES KAUNSELING


1. TAHAP MEMBINA HUBUNGAN

Tahap membina asas yg kukuh utk wujudkan pengkongsian kerjasama
- wujudkan suasana yg menggalakkan interaksi
- menentukan matlamat awal kaunseling
- mestrukturkan hubungan , kefahaman tentang proses kaunseling,penjelasan tentang perkara2 terlibat, aspek kerahsiaan.
- membina kepercayaan


2. TAHAP PENEROKAAAN

- skop masalah klien
- aras kefungsian klien dlm alam nyata
- pola sejarah klien
- kekuatan dan sumber kekuatan


3. TAHAP MEMBUAT KEPUTUSAN

- matlamat mesti dipersetujui bersama
- bersetuju dgn pendekatan dan strategi yg digunakan
- Angkubah yg mempengaruhi matlamat dan strategi

3.1 Angkubah Klien

· Jenis masalah klien – kemahiran interpersonal yg kurang cekap/ kurang mahir buat keputusan.
· Poila cara individu menyelesaikan masalah sebelum ini.
· Faktor demografi
· Ciri-ciri personaliti
· Latar budaya



3.2 Angkubah kauneselor

- pemilihan kaedah/pendekatan iaitu
· pengetahuan dlm bidang kognitif – teori/kaji selidik motivasi,kognitif ,perhubungan, t/laku dan personaliti
· Pengetahuan dan pengalaman guna pelagai pendekatan kaunseling
· Aras dan kemahiran komunikasi utk beri responpd aras tinggi, kemahiran menolong, respon secara lisan, kemahiran komunikasi bila memainkan sesuatu peranan.


4. TAHAP PERLAKSANAAN

- melaksanakan pendekatan kaunseling yg sesuai.
- Bantu klien selesaikan masalah dan bimbing agar klien dpt berfungsi dgn efektif. Sokong,galakkan beri pengukuhan terhadap sesuatu yg baru dipelajari.
- Strategi digunakan fokus pd kognitif, efektif atau perlakuan

Faktor keberkesanan
· Org terdekat – org yg ada pengaruh dgn klien, individu yg penting dlm hidup klien.
· Sumber bantuan lain.
· Penyediaan Risalah
- alat bantuan/ rujukan utk bantu kaunselor dlm proses kaunseling.
- Risalah utk klien


5. TAHAP MENAMATKAN SESI KAUNSELING
- kemajuan selama menjlnkan proses kaunseling mesti dirumus dan dinilai kesannya.
- Isu-isu lain yg mesti diselesaikan hendaklah diselesaikan
- Memikirkan cara-cara mengekalkan pertumbuhan klien setelah tamat sesi kaunseling.
· tugas terakhir , mengadakan pertemuan susulan,
· bentuk rancangan yg boleh dipantau sendiri dan buat latihan bersama bagaimana rancangan ini boleh dipantau.


KLIEN YG ENGGAN BERKERJASAMA.

Panduan kaunselor
- terma hakikat tahap pencapaian kaunseling.
- Harapan yg realistik.
- Fahami punca sikap keenggan
- Sikap kaunselor perlu diperbetul

· Klien degil tk komited – secara sukarela tetapi tk mahu berubah

Cara yg digunakan
- Elak reaksi –(ve)
- Terima klien
- Tk putus asa
- Fahami punca kedegilan
- Atasi kedegilan dgn + (ve)




MENCARI MAKLUMAT KLIEN

· pengetahuan peribadi kaunselor tentang klien sebelum proses kaunseling
· Kenyataan drp org terdedat
· Kaji selidik tentang sejarah hidup
· Pemerhatian dlm situiasi tertentu
· Pemerhatian t/lau bukan lisan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut