Selasa, 24 Mac 2009

Kuliah kaunseling 26/03/09

Senarai Tugas Dan Bidang Kaunseling
PENDAHULUAN
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling mula diperkenalkan di dalam sistem persekolahan kita pada tahun 1960an. Selama ini perkhidmatan ini lebih menitik beratkan bimbingan kerjaya dan pelajaran. Untuk memberi perkhidmatan bimbingan kerjaya dan pelajaran di sekolah -sekolah kursus pendedahan selama seminggu diadakan dari masa ke semasa oleh Bahagian Sekolah untuk guru-guru yang menjalankan tugas-tugas bimbingan.
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanan Dasar Pelajaran(1979) menegaskan tentang pentingnya perkhidmatan bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolah-sekolah seperti dinyatakan dalam Perakuan 79.
`Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja`.
Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak tahun 1969 lagi untuk memberi latihan kepada guru-guru yang menjalankan kegiatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah mereka. Beberapa jenis kursus telah diperkenalkan, di antaranya ialah:
a. Mulai tahun 1969 guru-guru bimbingan diberi peluang menghadiri kursus pendedahan bimbingan dan kaunseling anjuran Kementerian Pendidkkan selama seminggu dalam masa cuti penggal persekolahan. Kursus ini dijalankan sehingga tahun 1982.
b. Mulai tahun 1980 Maktab Perguruan Ilmu Khas memperkenalkan kursus khas selama setahun bagi guru-guru bimbingan untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling.
c. Mulai tahun 1980 juga Universiti Kebangsaan Malaysia memperkenalkan Kursus Diploma Kaunseling selama dua semester bagi guru-guru bimbingan yang berijazah.
d. Mulai tahun 1982 Universiti Pertanian Malaysia mula memperkenalkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling selama 4 tahun . Keutamaan diberi kepada guru-guru yang mempunyai Sijil Perguruan Khas Bimbingan dan Kauseling serta berpengalaman mengajar selama 5 tahun.
e. Mulai tahun 1982 juga , Bahagian Pendidikan guru mula memperkenalkan Kursus Dalan Cuti(KDC) bagi guru-guru bimbingan selama 7 atau 8 minggu semasa cuti penggal persekolahan. Beberapa pusat KDC telah diwujudkan bagi menjayakan rancangan tersebut.
f. Mulai tahun 1984, Maktab Perguruan Ilmu Khas mula meperkenalkan kursus khas selama 6 bulan bagi guru-guru bimbingan yang sudah menghadiri kursus KDC dan lulus pangkat cemerlang untuk mendapatkan Sijil Perguruan Khas Bimbingandan Kaunseling.
g. Mulai tahun 1987 Institut Peguruan Sultan Idris Tanjung Malim memulakan KUrsus Diploma Bimbingan dan Kaunseling setahun bagi guru-guru bukan siswazah.
h. Mulai tahun 1988, kursus Kejurulatihan Program Pembimbing Rakan Sebaya dimulakan oleh Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands. Kursus ini ialah selama tiga bulan termasuk praktikum.
i. Mulai tahun 1989 kursus Perguruan Khas Bimbingan dan Kaunseling, Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dipindahkan ke Institut Perguruan Darul Aman, Jitra Kedah.
BidangTugas dan Tanggungjawab Kaunselor

Bagi memastikan bahwa matlamat dan objektif perkhidmatan bimbingan dan kauseling tercapai kaedah penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasaran adalah amat penting . Keberkesanan perkhidmatan akan dapat mewujudkan pelajar yang seimbang, berjiwa besar dan waja, berwawasan berketrampilan. Usaha-usaha untuk membina insan yang terus maju ke arah hidup yang bermakna bagi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara perlu dilaksanakan dengan secara seimbang dalam semua bidang seperti berikut:-
1. Bidang Akademik
1. Pemilihan mata pelajaran elektif 2. Kemahiran Belajar a. Membaca b.Mencatat / mengambil nota c.Pengurusan Masa d. Pengurusan Diri e. Mendengar f. Mengingat g. Mengulangkaji h. Menjawab soalan peperiksaan i. Menghadapi peperiksaan 3. Pengumpulan maklumat pelajaran atau peluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi
Kaedah
Bimbingan kelompok, bimbingan individu,kaunseling kelompok, kaunseling individu, bilblio kaunseling, kursus, bengkel , kem/perkemahan, tayangan video, taklimat, kolokium,tutor sebaya,mento mentee, pembimbing rakan sebaya
2 Bidang Kerjaya
a. Inventori minat b. Inventori personaliti d. Pemilihan matapelajaran elektif e. Pengumpulan maklumat kerjaya f. Pendedahan kerjaya ( Peluang latihan kerjaya) g Penyebaran maklumat.
Kaedah
Bimbingan kelompok, bimbingan individu, lawatan, ceramah, forum, seminar, tayangan video, pertandingan -pertandingan Buku Skrap Kerjaya dan Poster.
3. Bidang Psikososial & Kesejahteraan mental
a. Ujian Personaliti d.Senarai semakan masalah cMerujuk kad maklumat diri d.Kemahiran Komumikasi e Kemahiran Asartif/ Tegas Diri f. Penyaringan maklumat g.Pengurusan Tekanan h. Kemahiran Rohani i. Kemahiran Membuat Keputusan j.Kemahiran pengawalan diri k.Kemahiran Aplikasi l.Kemahiran Sintesis m.Kemahiran analisis kritikal n.Pengekalaan penghargaan kendiri/ Self Esteem o.Perkembangan keremajaan p.Pengendalian kendiri q.Program Orientasi
Kaedah
Bimbingan kerjaya merentas ko-kurikulum, Kokurikulum, PRS, Bimbingan kelompok, kauseling individu,, bilbil kauseling, forum, kursus, bengkel, seminar, kem bina insan/ diri, kolokium, rehlah, lawatan, tayangan video, latihan dalam kumpulan, aktiviti simulasi, kumpulan, perkhemahan ibadah, ceramah- kaunseling keluarga, PRS.
4. Bidang Keibu-bapaan
a. Komunikasi b. Perkembangan individu c. Isu-isu kekeluargaan i. Kepimpinan ii. Perkembangan remaja masa kini dan akan datang iii. Kerukunan dan kesejahteraan keluarga
Kaedah
Ceramah, seminar, forum, bengkel, perkhemahan keluarga/ Hari keluarga/ Lawatan kerumah, kaunseling keluarga, khidmat konsultansi, kursus kemahiran keibubapaan, buletin keluarga, pameran.
5. Bidang Pembangunan Diri Pelajar
a.Kemahiran komunikasi b.Kemahiran Penyelesaian Masalah c.Kepimpinan d.Kemahiran tegas diri e. Pembimbinga Rakan Sebaya(PRS) f.Kemahiran Sosial g.Kemahiran Pemilihan Aktiviti keutamaan.
Kaedah
Kaunseling individu, kaunseling kelompok, latihan dalam kumpulan,lawatan kerumah, ceramah, bengkel, praktikum PRS.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
KAUNSELOR

APLIKASI TEKNOLOGI
WEB-BASED
Bidang Tugas dan Tanggungjawab Kaunselor
Tugas dan Tanggungjawab Kaunselor yang dinyatakan dalam kajian ini ialah Bidang Tugas dan Tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut Perkeliling KPM 0017/12/2001. Kaunselor yang dimaksudkan dalam kajian ini pula bermaksud Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa yang dilantik oleh Kementerian Pelajran Malaysia serta berkhidmat di sekolah menengah di Malaysia. Terdapat 22 senarai tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan, dan ianya boleh di kategorikan kepada empat kumpulan tugas utama iaitu
- Bahagian A : Akademik
- Bahagian B : Kerjaya
- Bahagian C : Psikologi dan Kesihatan Mental
- Bahagian D : Keibubapaan
- Bahagian E : Pembangunan Diri Pelajar

Teknologi Kerjasama Gabungan Berasaskan Web
Teknologi Kerjasama Gabungan Berasaskan Web “Web-Based Sistem” yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah Sistem yang dibangunkan dengan menggunakan kemudahan PhpNuke yang merupakan sejenis “Content Management System (CMS)”, yang boleh diperolehi secara percuma dari sumber terbuka atau “Open Sources”. Teknologi sejenis “Content Management System (CMS)” berasaskan Web-Based membolehkan segala maklumat mengenai komunikasi, data, bahan, fail dan sebagainya disimpan dalam Pengkalan Data yang tersimpan di dalam sebuah “Server” yang dirangkaikan menerusi jaringan internet. Teknologi terkini ini membolehkan semua pengguna boleh saling berkerjasama dan berkongsi maklumat pada bila-bila masa dan dari mana sahaja menerusi internet.



Menyediakan Rancangan Tahunan, Bulanan, Mingguan dan Harian Program dan Aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

- Kalender (Celender)
- Kelender Taqwin (Event Celender)
- Jadual

Member / Keahlian
Pengguna boleh dibahagikan kepada beberapa kategori
- Pentadbir Sistem
-
- Pengurus / Pengelola Sistem
- Pengguna Berdaftar
- Pengunjung biasa
Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas pelajar

- Soal selidik Ringkas
- Kajian Dalam Talian
News / Berita / Artikel
Sebarang berita atau artikel meliputi berbagai bidang dan tajuk berkaitan dengan komuiti. Semua pengguna boleh membacanya, tetapi Pengguna Berdaftar sahaja yang boleh menghantar berita. Pengguna lain boleh memberikan komen atau maklum balas terhadap berita yang ditulis tersebut.
Merancang, mengawal selia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.

- Pengkalan Data Maklumat (Database Management)

Message / Mesej / Email
Setiap Pengguna Berdaftar akan disediakan Tempat Simpanan Mesej Peribadi mereka. Mana-mana pengguna boleh menghantar mesej dan boleh membacanya bila-bila masa.
Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.

- Pengkalan Data Bahan, Fail, Maklumat
- Muat Turun Dalam Talian (Download)
Forum
Forum merupakan satu kemudahan untuk berbincang dalam talian.
- Membuka Tajuk Baru
- Membaca Isi Perbincangan (Forum)
- Membuat Maklumbalas Perbincangan
-
Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.

- Forum
- Artikel
- Mesej
- Email
Chat One to One
Kemudahan berkomunikasi secara langsung “Real-Time” dengan ahli komuniti lain secara personal.
Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika

- Email
- Mesej
- Chat / Audio Conference / Video Conference
Group Chat
Membolehkan komunikasi secara langsung “real-Time” dalam kelompok yang lebih dari seorang. Chat terbuka atau hanya dalam kumpulan tertentu sahaja.
Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.

- Buletin
- Artikel
- Nota Kemahiran Belajar (Modul)
- Email / Mesej / Chat / Audio Chat / Video Conference
Video Chat / Video Conference
Kemudahan komunikasi dalam bentuk multimedia, dimana komuniti dapat melihat gambar video dan mendengar suara ahli komuniti lain yang sedang berkomunikasi dengan mereka. Fail video yang boleh digunakan ialah Windows Media player, RealPlayer, Quick Time dan Macromedia Flash.
Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan matapelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPVM dan STPM.

- Buletin
- Artikel
- Nota Kemahiran Belajar (Modul)
- Email / Mesej / Chat / Audio Chat / Video Conference
Download / Muat Turun
Kemudahan peyimpanan berbagai bentuk fail-fail atau dokumen-dokumen yang sistematik dalam server. Fail-fail tersebut termasuklah Fail Word, Pdf, Gif, Mp3, dan berbagai lagi. Fail atau document tersebut boleh di pindah turun “download” dari mana-mana sahaja.
Hanya Ahli berdaftar boleh menggunakan kemudahan muat turun ini.
Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alcohol

- Buletin
- Artikel
- Nota Kemahiran Belajar (Modul)
- Email / Mesej / Chat / Audio Chat / Video Conference
Event Celender / Kalender Aktiviti / Taqwin
Kelender Aktiviti Eletronik membolehkan sebarang aktiviti dimasukkan kedalam kelender oleh semua ahli komuniti dan kemudiannya ia boleh dilihat oleh semua ahli komuniti yang lain.
Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar Negara

- Chat
- Forum
- Artikal
Gallery / Album Eletronik
Albun Eletronik membolehkan semua ahli membina album bergambar mereka di dalam talian. Semua ahli komuniti boleh berkongsi album tersebut.
Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah

- Forum
- Chat
- Download
- Artikal
Annoucement / Pengumuman
Membolahkan sebarang pengumuman mengenai komuniti dibuat.
- Pengumuman oleh Pentadbir
- Pengumuman oleh Pengendali
- Pengumuman oleh Ahli Berdatar

Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.
- Poll
- Forum
- Mesej
Poll / Soal Selidik / Bancian
Soal Selidik atau bancain ringkas boleh dijalankan secara dalam talian.
Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah

- Forum
- Chat
- Poll
- Mesej
Video Clip
Kemudahan untuk melihat Tayangan Video menerusi dalam talian.
Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

- Download
- Forum
- Taqwin
Soal Jawab
Kemudahan pengguna untuk mengemukakan sebarang permasalahan, dan ianya akan cuba dijawab oleh mana-mana pengguna yang lain.
Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

- Taqwin
- Forum
- Chat
SMS / Sistem Pesanan Ringkas
Membolehkan pengguna menghantar SMS kepada telefon bimbit pengguna berdaftar menerusi laman web dengan percuma.
Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

- Video Clip
- Forum
- Artikal
- Download
Blog
Perbincangan RIngkas
Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.
- Chat One to One
- Group Chat
- Video Chat
- Audio Chat
Kata-Kata Hikmah
Pengkalan Data Kata-Kata Hikmah, mana-mana pengguna boleh menyumbang dan menggunakan kata-kaata hikmah yang disediakan.
Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah
- Pengkalan Data
- Download
Petua Remaja
Pengkalan Data Petua Remaja, penguna boleh mengguna dan menyumbangkan Petua Remaja.
Menjadi ahli jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.

Tips Belajar
Pengkalan Data Tips Belajar yang membolehkan pengguna mengguna dan juga memberi sumbangan.
Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah
- Taqwin
- Chat
- Forum
Lagu / Muzik
Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya

- Forum
- Chat
- Download
- Taqwin
Resepi Masakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pengikut