Ahad, 8 Mac 2009

SBE-Pengalaman Berasaskan Sekolah 8/03/09

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS KOTA BHARU KELANTAN

KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH BIMBINGAN & KAUNSELING
TUGASAN UNTUK PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS )

Tarikh : 22 Mac hingga 02 April 2009

SEKOLAH : Sekolah pilihan sendiri yang menawarkan perkhidmatan bimbingan & kaunseling

A. TUGASAN BAGI MINGGU PERTAMA

1. Tinjau pemahaman murid dan guru mengenai konsep bimbingan dan kaunseling. Berdasarkan dapatan kajian anda , cadangkan cara memastikan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling mendapat sambutan yang sewajarnya daripada kumpulan sasaran.

2. Kaji ciri-ciri kaunselor yang berkesan mengikut persepsi murid dan guru . Buat catatan refleksi mengenai cara anda dapat menyediakan dan menampilkan diri sebagai guru bimbingan yang berkesan.

3. Pilih dua orang murid yang mempunyai masalah yang berbeza. Bincangkan sifat-sifat diri murid tersebut dan cara membantu mereka berdasarkan dua teori kaunseling.


TUGASAN BAGI MINGGU KE DUA

4. Kaji keperluan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling dikalangan murid di sebuah sekolah mengikut persepsi murid ,guru dan pentadbir. Cadangkan aktiviti yang boleh memenuhi keperluan perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling yang dikenalpasti.
5. Kaji perhubungan antara individu dalam sebuah sekolah dari aspek komunikasi. Nyatakan kesan corak hubungan tersebut terhadap kesejahteraan murid dan kelicinan pengajaran dan pembelajaran.

C. GARIS PANDUAN PELAKSANAN TUGASAN

Tugasan 1

a) Perkara yang hendak dikaji ialah sejauhmanakah tahap kefahaman murid dan guru mengenai konsep bimbingan dan kaunseling di sekolah.
b) Responden yang boleh digunakan ialah dua orang guru dan dua orang murid.
c) Para pelajar mesti menentukan sekurang-kurangnya satu kaedah sahaja digunakan dalam kajian kefahaman tersebut. Contoh kaedah yang boleh digunakan ialah soal selidik, temuduga dan lain-lain yang sesuai.
d) Banding bezakan ciri-ciri persamaan dan perbezaan antara kefahaman murid dengan guru tersebut berdasarkan respon mereka terhadap kajian yang dilakukan.
e) Cadangkan beberapa perkara/tindakan yang boleh dilakukan untuk memastikan unit bimbingan dan kaunseling mendapatkan sambutan daripada kumpulan sasaran

Tugasan 2

a) Buat kajian mengenai ciri –ciri kaunselor yang berkesan mengikut persepsi murid dan guru.
b) Buat catatan refleksi bagaimana anda dapat menyedia dan menampilkan diri sebagai seorang kaunselor berkesan mengikut persepsi tersebut.

Tugasan 3

a) Kenalpasti dua orang murid ( 1 lelaki dan 1 perempuan )
b) Kenalpasti masalah bagi setiap murid tersebut.
c)Pilih dua teori kaunseling – berdasarkan dua teori ini bincangkan sifat-sifat murid-murid dan cara yang boleh dilakukan untuk membantu mereka.

Tugasan 4

a) Buat satu kajian tentang keperluan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di sekolah tersebut
b) Kajian ini berdasarkan persepsi murid, guru dan pentadbir.
c) Berdasarkan dapatan kajian cadangkan beberapa aktiviti yang boleh dijalankan untuk memenuhi keperluan tersebut.
d) Pelajar boleh menggunakan kaedah soal selidik atau temubual atau kaedah lain yang sesuai.

Tugasan 5

a) Buat kajian tentang komunikasi antara :
· Pentadbir – guru
· Guru – guru
· Guru –murid
· Murid – guru
· Murid-murid
· Pihak-pihak lain

b) Nyatakan kesan corak hubungan ( sehala/dua hala/ berkesan … ) terhadap kesejahteraan murid dan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran.


FORMAT PENULISAN

· Tulisan : Arial / Times New Roman
· Font : 12
· Langkau baris : 1.5
· Langkau perenggan : 1.5 x 2 ( 3.0 )



TARIKH HANTAR ( kepada pensyarah penyelia )

1. Tugasan 1 hingga 3 selewatnya pada 6 April 2009
2. Tugasan 4 dan 5 selewatnya pada 18 April 2009


F. RUJUKAN / BIMBINGAN

Pelajar boleh membuat rujukan / mendapatkan bimbingan dengan pensyarah penyelia yang terlibat dalam bidang bimbingan dan kaunseling di Jabatan Ilmu Pendidikan.

G. TAKLIMAT PELAKSANAN

Satu taklimat pelaksanan akan diadakan pada hari Selasa 10 Mac 2009 jam 2.30 ptg di Dewan Wawasan IPGM Kota Bharu.
Semua pensyarah penyelia diwajib hadir.



Sekian terima kasih

Unit Bimbingan & Kaunseling
Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Perguruan Kota Bharu, Kelantan.

Sk. Tn. Hj. Zahran B. Mahmood
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGM Kampus Kota Bharu

1 ulasan:

  1. Laman web yang baik untuk meningkatkan interaksi antara pensyarah dengan pelajar

    BalasPadam

Pengikut